Takaful4all

Mr. Wan Saifulrizal Wan Ismail

Chief Executive Officer, Prudential BSN Takaful Berhad

Wan Saifulrizal Wan Ismail merupakan seorang aktuari berkelayakan dengan 18 tahun pengalaman dalam industri takaful dan insurans bersama badan pengawal selia, syarikat perundingan insurans dan penginsurans hayat langsung. Kini memikul peranan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Wan Saifulrizal memikul tanggungjawab penuh untuk memacu perniagaan takaful dan menyelia prestasi Prudential BSN Takaful Berhad.
Sebagai Ketua Pegawai Pemasaran PruBSN (September 2017 – Disember 2019), Wan Saifulrizal telah menyelia keseluruhan inisiatif pemasaran dan komunikasi syarikat serta mengetuai usaha pembangunan produk yang telah melahirkan pelan yang diiktiraf industri iaitu PruBSN WarisanPlus dan PruBSN AnugerahPlus. Wan Saifulrizal turut memimpin usaha syarikat ke arah pematuhan pengawal selia untuk Rangka Kerja LIFE dan Agenda Reformasi. Beliau juga telah membentuk strategi di sebalik peningkatan pengguna aplikasi Pulse by Prudential, aplikasi yang dikuasakan oleh teknologi AI yang pertama seumpamanya di rantau ini.

Wan Saifulrizal juga merupakan penasihat badan amal PruBSN, PruBSN Prihatin, di mana beliau telah memastikan kejayaan pelaksanaan program PruBSN Microtakaful Jariyah. Wan Saifulrizal menyertai Prudential Assurance Malaysia Berhad pada Julai 2015 sebagai Ketua Pegawai Strategi untuk memimpin pelbagai inisiatif strategi syarikat termasuk penyediaan Rangka Kerja LIFE, strategi Insurans Am serta pelaksanaan model bankansurans baharu untuk salah satu rakan niaga bankansurans syarikat itu. Sebelum menyertai PAMB (September 2011 - Jun 2015), Wan Saifulrizal berkhidmat untuk syarikat Towers Watson dalam membangunkan dan memperluaskan amalan perundingan insurans syarikat itu di Malaysia. Wan Saifulrizal merupakan seorang graduan dari City University London dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari.

All Sessions by Mr. Wan Saifulrizal Wan Ismail