Takaful4all

Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Evangelist & Preacher

Pahrol Mohamad Juoi ialah seorang penulis, pendakwah, kolumnis majalah, ketua editor, pencipta lirik, perangka modul, penulis skrip, pengacara tv serta jurulatih yang mengendalikan program latihan dan motivasi untuk lebih 250 organisasi kerajaan dan swasta.

Kini beliau bertugas sebagai Pengarah Modul Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. Bersama Fitrah Perkasa, beliau telah mengendalikan program latihan Mukmin Profesional - yakni modul membina integriti dan kompetensi untuk barisan kepimpinan dan pengurusan dan seluruh warga kerja dalam sesebuah organisasi.

Beliau juga adalah mantan Ketua Editor majalah Solusi dan Ketua Pengarang Kumpulan Majalah Telaga Biru Sdn. bhd. Beliau aktif dalam penulisan buku dan penulisan lirik lagu nasyid. Antara lirik nasyid tulisan beliau ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Bintang Syurga, Siti Khadijah, Zinnirah, Safiyyah dan lain-lain.

Beliau pernah menjadi tetamu tetap untuk segmen Mukmin Profesional dan Islam itu Indah di radio IKIM selama 3 tahun. Pahrol bin Mohamad Juoi juga telah dianugerahkan sebagai Penulis Buku Islamik Terbaik tahun 2014 oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Antara karya beliau yang mendapat sambutan ialah Di mana Dia Di Hati ku, Bukan senang nak tenang, Semuanya Soal Hati, Beduk Diketuk, Mukmin Profesional, Seperti Air Yang Mengalir, Kata untuk Orang Berduka dan lain-lain lagi. Selain itu, beliau juga konsisten dan produktif menulis dalam Fbnya: Pahrol Mohamad Juoi.

All Sessions by Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

2:45 pm -

Divine Speech

Ustaz Zul Ramli M Razali,
Evangelist & Preacher / Master Coach NLP

‘Bicara Iman Untuk Tenang’